Thursday, September 30

ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA


Tanggal 30 September 2010 bersamaan 21 Syawal 1431 (Khamis) telah berlangsung ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA negeri Kedah Darul Aman bertempat di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Sejumlah 19 orang anggota Pengakap Maktab Mahmud Alor Setar telah menerima anugerah yang berprestij tersebut dari Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Acara ini sekali lagi membuktikan kemampuan pelajar MMAS mencapai kecemerlangan dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.Jutaan terima kasih pada Pak Jamel & Pak Ali yang telah mambantu anak2 ini mendapat anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadikan putera MMAS insan yang lebih bertanggungjawab & berketrampilan menjadi seorang Qudwah Hasanah.Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Fatmawati bt Talib & Cikgu Farhana Jamel, Penolong Kanan KoKurikulum telah turut hadir ke majlis tersebut. Tahniah anak2 MMAS

1 kritik:

vvr-admin said...

wahhh... memang hebat!!! Tahniah kepada anggota pengakap yang berjaya!!! Harapnya mereka akan dapat meneruskan kegemilangan ini dan menambah lagi bilangan yang terlibat dan berjaya...