Sunday, December 6

Lembaga Maktab Mahmud Alor Negeri Kedah

Maktab Mahmud merupakan sebuah sekolah yang dibiayai oleh Kelajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Maktab Mahmud ditadbir oleh sebuah organisasi iaitu Lembaga Maktab Mahmud. Lembaga Maktab Mahmud ditubuhkan pada tahun 1967 oleh pihak kerajaan negeri Kedah Darulaman menurut enakmen Lembaga 1967 yang bertujuan untuk melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN LEMBAGA MAKTAB MAHMUD

Lembaga Maktab Mahmud ini ditubuhkan bertujuan untuk melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah ini demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Di samping dapat melahirkan cendekiawan-cendekiawan Islam serta menjalankan prinsip-prinsip pendidikan negara.

Lembaga ini berfungsi melantik pegawai-pegawai dan ketua jabatan yang tertakhluk kepada Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil.5 1967. Lembaga Maktab Mahmud ini juga telah menubuhkan jawatankuasa kecil dan menyelaraskan pentadbiran.
  1. JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TENDER menguruskan Kumpulan Wang Lembaga Maktab Mahmud bagi pihak Maktab Mahmud mengikut seksyen 9 (B) maktab Mahmud 1967.
  2. JAWATANKUASA PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN
    Menguruskan sistem pembelajaran Maktab Mahmud
    Merancang strategi kurikulum, program dan exam
    Menyelaras pengambilan mata pelajaran.
    Menyelaras strategi pelaksanaan kurikulum dan ko- kurikulum
  3. JAWATANKUASA PENERIMAAN PENUNTUT BARU
    Menyelaras sistem pengambilan penuntut-penuntut baru di Maktab Mahmud.
  4. JAWATANKUASA ASRAMA
    Menyelaras urusan asrama
    Menggubal peraturan yang bersesuian
  5. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN WAKAF
    Menyelaras Perancangan dan Projek Pembangunan di Maktab Mahmud.
  6. JAWATANKUASA PERJAWATAN
    Memastikan keperluan jawaatan, kenaikan pangkat
    Sebagai panel temuduga
  7. JAWATANKUASA TATATERTIB
    Memastikan disiplin penuntut di sekolah dan asrama


0 kritik: