Sunday, December 6

Peluang Pengajian

Maahad Mahmud merupakan sekolah yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan berorientasikan pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Akademik, pelajar-pelajar dapat memilih arah tuju mengikut minat masing-masing.

  1. SELEPAS PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR)

    Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, mereka layak untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh Kerajaan, Kolej Islam Klang (KIK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, SM Vokasional, SM Teknik dan lain-lain sekolah kerajaan.

    Pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik akan ditawarkan ke Aliran Sains Maahad Mahmud.

  2. SELEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

    Tingkatan 6

    Pelajar yang lulua SPM dan TAHILI diterima masuk untuk menyambung pelajaran dalam bidang Syariah dan Usuluddin di Maahad Mahmud. Dua buah kelas dibuka untuk tingkatan 6, manakala pelajar lain boleh melanjutkan pelajaran di sekolah lain.

    Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan

    Pelajar yang lulus dengan cemerlang dan mempunyai syarat-syarat yang cukup boleh memohon untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di mana-mana institusi pendidikan tinggi tempatan.

    i) Peringkat Diploma

    KUSZA, Maktab Perguruan, ITM, IPT Tempatan, Swasta, dan lain-lain.

    ii) Peringkat Ijazah

    Mengikuti Kursus Matrikulasi / Asasi / Pra- Universiti di mana-mana Universiti Tempatan seperti UIA, UKM, UUM, UM, UTM dan lain-lain.

    Universiti Luar Negeri

    Pelajar-pelajar yang cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri seperti di Jordon ( University of Jordon, Yarmuk dan Karak). Pelajar yang mengambil matapelajaran tambahan Bahasa Inggeris (1119) dan lulus dengan baik layak untuk memohon untuk mengikuti kursus Persediaan Pengajian (KPP) ke luar negeri seperti Amerika Syarikat, Australia, dan lain-lain mengikut bidang-bidang yang ditawarkan. Terdapat beberapa pihak swasta yang bersedia menaja pelajar yang cemerlang ini.

  3. SELEPAS PEPERIKSAAN STAM

    Pelajar Tingkatan 6 Rendah yang lulus peperiksaan STAM dan berminat mendalami Bahasa Arab boleh mennyambung pengajian mereka ke Timur Tengah seperti di Mesir ( Universiti Al-Azhar ), Madinah dan Mekah. Badan kewangan negeri juga bersedia menaja pelajar ini mengikut pilihan kursus masing-masing.

0 kritik: