Thursday, September 30

ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA


Tanggal 30 September 2010 bersamaan 21 Syawal 1431 (Khamis) telah berlangsung ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA negeri Kedah Darul Aman bertempat di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Sejumlah 19 orang anggota Pengakap Maktab Mahmud Alor Setar telah menerima anugerah yang berprestij tersebut dari Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Acara ini sekali lagi membuktikan kemampuan pelajar MMAS mencapai kecemerlangan dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.Jutaan terima kasih pada Pak Jamel & Pak Ali yang telah mambantu anak2 ini mendapat anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadikan putera MMAS insan yang lebih bertanggungjawab & berketrampilan menjadi seorang Qudwah Hasanah.Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Fatmawati bt Talib & Cikgu Farhana Jamel, Penolong Kanan KoKurikulum telah turut hadir ke majlis tersebut. Tahniah anak2 MMAS
Friday, July 30





MINGGU KO KURIKULUM ialah tradisi MMAS yg saban tahun direncanakan demi menjana generasi Maahadian yg kreatif, inovatif serta berdaya saing dlm setiap aktiviti yg dijayakan. Tahun 2010 telah melakar sejarah tersendiri menerima sejumlah bilangan pengunjung yang ramai sepanjang MINGGU KO-K berlangsung pada 4 - 8 Julai 2010. Apalagi pada masa yang sama berlangsung program TEMU MESRA WARIS & GURU .Jumlah khemah jualan sebanyak 24 buah telah membuktikan pelajar MMAS semakin bijak mengendalikan program yang berskala besar. Sambutan dari agensi luar untuk membuat pameran amat menggalakkan. Jutaan tahniah pada semua tenaga kerja MINGGU KO-K 2010 samada guru, pelajar dll. Hanya ALLAH SWT sahaja yang menilai kerja buat anda. Juga terima kasih pada pentadbiran MMAS 2010 di atas kepercayaan yang diberikan.
Wednesday, June 30

Gambar-gambar sekitar Idul Ilmi MMAS 2010







Tuesday, June 22

IDULILMI 2010

IDULILMI hari Anugerah Cemerlang MMAS akan berlangsung pada 28 JUN 2010.Tahniah buat pelajar2 yg cemerlang.Tuanku Sultan dan Sultanah akan berangkat ke majlis ini untuk menyempurnakan penyampaian hadiah.Marilah kita sama-sama berdoa semoga majlis tersebut akan berjalan dengan lancar.Peringatan buat tetamu yang bakal hadir,moga-moga dapat hadir ke majlis ini dengan pakaian yang telah ditetapkan di dalam kad jemputan.
Tuesday, June 8

PERASMIAN PENUTUP KEM BINA INSAN

Perasmian Penutup Kem bina insan kali ini diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar.KBI diadakan di 3 tempat secara serentak.Perasmian penutup oleh MB sendiri.Pentas dan khemah untuk KBI diadakan di Dataran Puteri MMAS (hujung blok G).Semoga peserta2KBI akan terus menjadi insan yang berguna dan berkualiti di masa hadapan.
MMAS berbangga kerana dipilih menjadi tempat KBI.

Peserta lelaki