Friday, February 12

Download wallpaper































Wednesday, February 10
MMAS TERBAKAR!

Kejadian berlaku pada Selasa 9 Feb .Bunyi kereta bomba mengejutkan guru dan pelajar MMAS yang asyik dengan acara sukan.Rupa-rupanya terdapat sedikit kebakaran di Blok B.Litar pintas yang agak membahayakanMujurlah pengetua dan seorang pegawai dari LMM menyedarinya.Tindakan pantas beberapa orang pekerja dapat menyelamatkan keadaan.Syukur Alhamdulillah Maahad tercinta dalam peliharaan Allah.
Monday, February 8

KESUMMAS 2010












Maktab Mahmud Alor Setar dengan bangganya menganjurkan Kejohanan Sukan Maktab Mahmud Alor Setar (KESUMMAS) bagi tahun 2010. Bermulanya pada tahun ini, Hari Sukan Maktab Mahmud Alor Setar akan dikenali sebagai KESUMMAS.

Kejohanan ini telahpun bermula selama 2 minggu sebelum hari kemuncak iaitu pada hari Selasa dan Rabu pada 9 dan 10 Februari 2010 bersamaan dengan 24 dan 25 Safar 1413 H.

Dengan tema, 'Akal yang sihat pada badan yang sihat'
Wednesday, February 3

Gambar kenangan Ustazah Basyiroh


Ustazah Basyiroh
Setelah berpuluh tahun mengajar dan mencurahkan ilmu di bumi maahad mahmud alor setar, beliau akhirnya dilantik menjadi Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar pada awal tahun 2009. Beliau telah menyumbangkan begitu banyak jasa kepada anak bangsa yang menuntut di bumi maahad ini. Beliau terus menumpahkan bakti hingga ke peringat persaraan. Patah tumbuh hilang berganti, itulah peribahasa melayu yang terkenal. Namun bagi Ustazah Bashiroh, tiada yang dapat mengganti beliau atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Berapa banyak anak didik beliau yang telah berjaya dan kini menjadi orang yang berguna kepada negara dan agama. Di mana ada permulaan , di situ ada pengakhiran. Akhirnya telah sampai masa bagi Ustazah untuk menyerahkan amanah dan tanggungjawab menjaga maahad kepada generasi seterusnya. Namun bukan bererti pengakhiran bagi segalanya. Jasa beliau akan terus diingati dan memberi manfaat abgi semua.

Di bawah antara gambar kenangan Ustazah Basyiroh yang telah bersara pada hujung tahun 2009. Semoga beliau terus berjasa dan sentiasa diberkati Allah di mana sahaja. insya Allah.