Sunday, December 6

Piagam

Kami staf Maahad Mahmud, Alor Setar dengan ikhlas, iltizam dan penuh kesungguhan berikrar dan berjanji akan menggembleng seluruh tenaga dan fikiran untuk:


Mendidik dan membimbing pelajar-pelajar Islam agar menjadi insan yang mempunyai akhlak mulia dan sifat-sifat terpuji selaras dengan falsafah Maahad.
-----------------------------------------------------------
Meningkatkan kemahiran, keterampilan dan keiltizaman pelajar bagi menjamin peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran.
-----------------------------------------------------------
Memberikan perkhidmatan yang mesra, ikhlas dan berkualiti kepada semua pelanggan pada setiap masa selaras dengan tataetika perkhidmatan yang cemerlang.
-----------------------------------------------------------
Menepati masa dalam melaksanakan semua tugas agar pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
-----------------------------------------------------------
Mengamalkan kerjasama dan permuafakatan bagi meningkatkan mutu produktiviti untuk semua pelanggan.
-----------------------------------------------------------
Mengamalkan penyediaan jadual waktu dan pengagihan tugas guru-guru disiapkan dalam tempoh dua minggu sesi persekolahan baru dimulakan.
-----------------------------------------------------------
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam minggu pertama sesi persekolahan dimulakan.
-----------------------------------------------------------
Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan kaunter dengan kadar segera.
-----------------------------------------------------------
Memastikan ujian/peperiksaan sekolah dilaksanakan tanpa kebocoran dan keputusan diserahkan kepada pelajar/waris dalam tempoh tiga minggu selepas tamat ujian/peperiksaan.
-----------------------------------------------------------
Memelihara reputasi Maahad, bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan perkhidmatan serta kecemerlangan sekolah pada setiap masa.
-----------------------------------------------------------
Menyumbangkan khidmat pengetahuan dan kepakaran bidang pengajian dan pendidikan Islam kepada pelanggan.
-----------------------------------------------------------
Meningkatkan martabat dan kegemilangan Maahad Mahmud agar menjadi institut pendidikan yang terbaik dan terunggul di Malaysia.

0 kritik: