Tuesday, December 29

Tahniah !



Merujuk kepada post sebelum ini , 86 pelajar Maktab Mahmud Alor Setar berjaya mendapat a dalam semua matapelajaran . Berikut ialah nama-nama mereka ,

Putera
Ahmad Azhan Fahimi Bin Fadzil

Amin Syahid Bin Mazlan

Mohamad Nasyarudin Bin Mohammad Yusuf

Mohammad Asri Bin Yushaidi

Mohd Khairil Ashraf Bin Muhammad Fisal

Muhammad Afif Afnan Bin Ishak

Muhammad Afif Bin Zakaria

Muhammad Aminudeen Bin Shahidan

Muhammad Ashyraf Bin Abdul Halim

Muhammad Hazwan Bin Baderun

Rahmat Asyraf Bin Bukhary

Wan Muhammad Zafri Bin Wan Yahaya

Zahirul Arif Bin Ahmad

Zainul ‘Abidin Bin Abdul Halim

Ahmad Firdaus Bin Shafie @ Sahafea

Fathul Akmal Bin Yusoff

Hafiz Izzudin Bin Hashim

Mohammad Nabil Irfan Bin Mohd Ali

Mohd Syarifuddin Bin Mukhtar

Muhammad Aiman Bin Mohamad Zamri

Muhammad Akmal Bin Azmi

Muhammad Amiruddin Bin Saad

Muhammad Farhan Bin Azizan

Muhammad Ikhwan Bin Mohd Amin

Muhammad Najib Bin Fazail

Muhammad Syahmi Bin Zolkefli

Muhammad Tajdeed Bin Ahmad Suki

Nu’man Bin Badrud’din

Rusydi Amin Bin Yusuf




Puteri
Aimi Najwa Binti Ismail

Ainun Afiqah Binti Ismail

Alwani Binti Noor Sazali

Amni Binti Azhar

Aqila Binti Ramli

Balqis Binti Zamri

Farzana Sahira Binti Mohamad Sobri

Iylia Syazwanie Binti Mohd Zulpikri

Muliati Binti Ibrahim

Munirah Binti Mohamad Nordin

Nadzirah Binti Nazree

Nur ‘Aliah Binti Mohd Ali

Nur Amalina Binti Alias

Nur Aqilah Binti Mohd Ali

Nur Hafizah Binti Mohd Suhaimi

Nur Hanis Binti Ismail

Nur Liyana Binti Zainol Abidin

Nurul ‘Izzah Binti Ab Khaled

Nurun Najah Binti Abdul Rahim

Saidatulafza Binti Mohamed Amin

Shahirah Binti Mohamad Shahimi

Siti Aisyah Binti Che Hassan

Siti Nabilah Binti Othman

Siti Sarah Binti Abdul Aziz

Syarifah Zaynab Idid Binti Syed Sidki

Afifah Abdul Shukor

Aida Imanina Binti Zinon Abidin

Aina Salsabil Binti Abdul Latif

Alia Amirah Binti Romli

Alyaa Awatif Binti Amir Hamzah

Fudzla Suraiyya Binti Abdul Raup

Ibtisam Binti Alauddin

Liyana Binti Jasni

Muizzah Binti Mansor

Nazihah Binti Ismail

Nur Ain Binti Saad

Nur Anis Nadhrah Binti Nordin

Nur Atiqah Binti Rahim

Nur Farah Afrina Binti Amran

Nur Hafizah Binti Kamal Azhar

Nur Izzati Binti Semperna

Nur Izzati Binti Zamri

Nur Lina Izzami Binti Ruslan

Nur Sakinah Binti Mohd Asri

Nur Zahdah Binti Mohammad Razif

Nur Izyani Binti Zulkifli

Nur Syifa’ Binti Bakri

Nurul Aiman Binti Ismail

Nur Hazirah Binti Abd Aziz

Nurul Irdina Ilyani Binti Hasrulnisham

Qistina Binti Ahmad Ghazali

Rahmah Binti Zulkepeli

Siti Khadijah Binti Redzuan

Syahidah Binti Sobri

Wardah Hanim Binti Mohd Nabil

Fatin Najwa Binti Mohd Rusdi

Nabihah Binti Abd Halim


Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar berikut ! ! !

kepada pelajar yang tidak berjaya , tidak mengapa , PMR bukan penghujungnya , bak kata pujangga , gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamayna , okay . setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat mahupun yang tersirat (:



Ma'as salamah , wailalliqa'
Thursday, December 24

PMR 09

MMAS 24 Dis : Maktab Mahmud Alor Setar berjaya mencatat kejayaan dengan 86 pelajarnya memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran iaitu dengan nisbah 29:57 putera kepada puteri . - Bernmaa
Wednesday, December 23

Keputusan PMR 24 Dis

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada hari berkenaan, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan menerusi pos.

Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. - BERNAMA

Sunday, December 13

CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan : MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi. BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu." MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim) BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah." MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku." MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani). Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut:
Tuesday, December 8

Pengetua, guru besar diberi kuasa pecat guru





KUALA LUMPUR - Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberitahu Dewan Rakyat semalam berkata, perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara.

Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba'iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah.

Monday, December 7

Dewan Rakyat tolak usul potong gaji Menteri Pelajaran



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat petang ini sebulat suara menolak usul pembangkang agar memotong gaji Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM10.

Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ketika membahaskan usul itu menganggap usul dibangkitkan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) itu bersikap perkauman, berniat jahat dan hanya mahu memalukan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Ngeh mahu gaji Menteri Pelajaran dipotong kerana mendakwa Muhyiddin tidak prihatin ketika mengendalikan beberapa perkara membabitkan tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, PPSMI dan bantuan untuk sekolah jenis kebangsaan serta mubaligh.

Akademik atau sukan?


Oleh AZMY MOHAMED


SUkan adalah satu kerjaya yang menjamin masa depan. - Gambar hiasan

MUNGKIN telah tiba masanya untuk Kementerian Pelajaran untuk membangunkan kurikulum khas untuk pelajar yang ingin melibatkan diri dalam sukan secara serius dan profesional.

Bermula daripada darjah satu, ibu bapa atau penjaga yang mahukan anak mereka menjadi atlet cemerlang perlu memberi persetujuan secara bertulis untuk mengikuti program khas berkenaan. Ia juga sejajar dengan usaha mentransformasi sistem pendidikan negara agar tidak terlalu bberorientasikan pendidikan.

Pelajar yang mengikuti kurikulum itu tidak lagi perlu dibebani dengan pencapaian akademik. Penilaian mereka berdasarkan kecemerlangan dalam sukan yang mereka pilih dan sertai. Bukan lima A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi pingat emas dan piala kejuaraan.

Dengan ini, pelajar akan lebih fokus dalam latihan dan tidak lagi perlu mengulang kaji pelajaran selepas penat berlatih. Bagaimanapun pendidikan asas yang melibatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira tidak boleh diabaikan. Hal ini penting untuk mereka mengikuti perkembangan semasa dan menguruskan kewangan masing-masing apabila dewasa kelak.

Paling utama, kehadiran kumpulan pelajar khas ini akan memudahkan guru menyediakan pemain untuk menyertai sebarang pertandingan atau kejohanan sukan tanpa menjejaskan jadual waktu pelajar lain.

Perkara ini sering menjadi pertikaian dan dilema kepada guru kokurikulum khususnya ketika menjelang hari sukan atau pertandingan antara sekolah di peringkat zon, daerah mahupun negeri.


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru warga pendidik di seluruh negara menyokong sepenuh hati pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) demi perubahan sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru perlu memahami dan menghayati dasar-dasar baru kerajaan bagi menjelaskan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang keputusan pemansuhan itu.

''Pastinya tidak elok kalau di kalangan warga pendidik berdebat ada yang pro dan ada yang kontra. Apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan, ia memang ada rasionalnya.

''Justeru saya berharap sokongan 100 peratus dari kalangan warga pendidik atas dasar dan perubahan yang kita buat, biarlah sepenuh hati kalau tidak nanti ada yang berbelah-bahagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Muhyiddin turut mengakui pencapaian PPSMI pelajar di bandar agak baik tetapi bilangannya amat rendah.

''Berdasarkan realiti ini kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami double jeorpady (kesukaran berganda).

''Jika berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi defisit pengetahuan di kalangan pelajar di mana pelajar yang gagal menguasai konsep asas sains dan matematik menghadapi masalah untuk menguasai ilmu sains dan matematik di peringkat lebih tinggi," katanya.

Muhyiddin berkata, walaupun terdapat suara-suara yang membantah pemansuhan PPSMI terutama di akhbar dan blog, namun suara majoriti senyap harus diambil kira.

''Mungkin 80,000 yang tidak setuju (dengan pemansuhan ini) dalam blog, tapi dekat luar ada dua tiga juta lagi yang menyokong," katanya.

Beliau menambah, lima buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus bahasa Inggeris akan diwujudkan untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris supaya guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru terbaik dari luar negara dapat ditempatkan di kawasan luar bandar.

Ini termasuk menyediakan insentif khusus kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia berkhidmat di luar bandar.

Katanya, enam jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI).

Guru tuntut imbuhan




ALIMUDDIN MOHD DOM

Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru mata pelajaran Bahasa Malaysia pula dituntut oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.

Namun kata beliau, pada masa ini kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk bagi membayar BISP kepada guru-guru yang lain.

Pada masa ini guru-guru yang menerima BISP ialah guru mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

``Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama,’’ katanya.

Sesi dialog bersama Ketua Pengarah Pelajaran tersebut merupakan lanjutan daripada sesi penerangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadiri lebih 1,000 warga pendidik dari seluruh negara.

Sesi dialog yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut mendengar pelbagai masalah lain termasuk masalah kekurangan guru mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar.

Seorang guru besar dari Selangor mempersoalkan tentang tempoh perpindahan yang singkat guru bahasa Inggeris dari kawasan bandar ke luar bandar.

``Guru bahasa Inggeris dari bandar ini cantik, ada kereta besar, suami pangkat besar tetapi tidak lama di sekolah luar bandar kerana telah minta ditukarkan ke sekolah bandar,’’ katanya.

Justeru beliau mencadangkan agar pihak kementerian mengambil guru dari kawasan luar bandar untuk mengajar mata pelajaran tersebut kerana hanya guru-guru sedemikian yang boleh memahami dan menerima keadaan persekitaran itu.

``Hanya orang luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar,’’ katanya.

Pada sesi dialog tersebut pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh golongan guru termasuk mengenai tempoh mengajar yang lebih lama untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan tempoh mengajar yang singkat untuk mata pelajaran lain.

Turut ditanya ialah mengenai kegagalan pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Malaysia dan penggunaan sama ada bahasa Malaysia atau bahasa Melayu untuk mata pelajaran tersebut.

Selain itu turut dipersoalkan ialah kewajaran memberi BISP secara wang tunai kepada guru-guru terbabit sebaliknya mencadangkan agar pemberian baucar buku kepada mereka.

Dalam pada itu Alimuddin berkata, semua pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan yang serius.

Berhubung pelbagai isu yang berbangkit mengenai perkara baru yang diperkenalkan selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua.

KUALA LUMPUR 7 Dis — Mata pelajaran tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional tajaan kerajaan sekiranya ianya termasuk dalam 10 mata pelajaran maksimum yang diambil oleh calon, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom hari ini.

Bahasa Arab juga termasuk dalam senarai mata pelajaran tambahan selain daripada Bahasa Cina atau Tamil dan Kesusasteraan Cina dan Tamil.

Mata pelajaran tambahan tidak boleh diganti dengan mata pelajaran lain.

"Mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dengan pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil atau Bahasa Cina atau Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” kata beliau dalam satu kenyataan.

Alimuddin berkata keputusan kedua-dua mata pelajaran tambahan tersebut akan dicatatkan pada sijil SPM yang sama dan juga boleh digunakan bagi menyertai latihan penguruan bagi pelantikan guru Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Bahasa Arab.

Jemaah Menteri minggu lepas bersetuju selepas menerima rayuan supaya membenarkan calon SPM mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan kepada maksimum 10 mata pelajaran.

Keputusan keseluruhan SPM bagaimanapun dihadkan kepada 10 mata pelajaran utama.

"Dengan formula 10 2 ini, tidak timbul lagi masalah pelajar yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil.

"Mereka boleh mengambil mana-mana satu atau dua mata pelajaran tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas,” kata Alimuddin.

Kelonggaran itu boleh diguna pakai untuk pelajar semua aliran.

Sunday, December 6

Peluang Pengajian

Maahad Mahmud merupakan sekolah yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan berorientasikan pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Akademik, pelajar-pelajar dapat memilih arah tuju mengikut minat masing-masing.

  1. SELEPAS PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR)

    Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, mereka layak untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh Kerajaan, Kolej Islam Klang (KIK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, SM Vokasional, SM Teknik dan lain-lain sekolah kerajaan.

    Pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik akan ditawarkan ke Aliran Sains Maahad Mahmud.

  2. SELEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

    Tingkatan 6

    Pelajar yang lulua SPM dan TAHILI diterima masuk untuk menyambung pelajaran dalam bidang Syariah dan Usuluddin di Maahad Mahmud. Dua buah kelas dibuka untuk tingkatan 6, manakala pelajar lain boleh melanjutkan pelajaran di sekolah lain.
Maktab Mahmud merupakan sebuah sekolah yang dibiayai oleh Kelajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Maktab Mahmud ditadbir oleh sebuah organisasi iaitu Lembaga Maktab Mahmud. Lembaga Maktab Mahmud ditubuhkan pada tahun 1967 oleh pihak kerajaan negeri Kedah Darulaman menurut enakmen Lembaga 1967 yang bertujuan untuk melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN LEMBAGA MAKTAB MAHMUD

Lembaga Maktab Mahmud ini ditubuhkan bertujuan untuk melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah ini demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Di samping dapat melahirkan cendekiawan-cendekiawan Islam serta menjalankan prinsip-prinsip pendidikan negara.

Lembaga ini berfungsi melantik pegawai-pegawai dan ketua jabatan yang tertakhluk kepada Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil.5 1967. Lembaga Maktab Mahmud ini juga telah menubuhkan jawatankuasa kecil dan menyelaraskan pentadbiran.
  1. JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TENDER menguruskan Kumpulan Wang Lembaga Maktab Mahmud bagi pihak Maktab Mahmud mengikut seksyen 9 (B) maktab Mahmud 1967.
  2. JAWATANKUASA PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN
    Menguruskan sistem pembelajaran Maktab Mahmud
    Merancang strategi kurikulum, program dan exam
    Menyelaras pengambilan mata pelajaran.
    Menyelaras strategi pelaksanaan kurikulum dan ko- kurikulum
  3. JAWATANKUASA PENERIMAAN PENUNTUT BARU
    Menyelaras sistem pengambilan penuntut-penuntut baru di Maktab Mahmud.
  4. JAWATANKUASA ASRAMA
    Menyelaras urusan asrama
    Menggubal peraturan yang bersesuian
  5. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN WAKAF
    Menyelaras Perancangan dan Projek Pembangunan di Maktab Mahmud.
  6. JAWATANKUASA PERJAWATAN
    Memastikan keperluan jawaatan, kenaikan pangkat
    Sebagai panel temuduga
  7. JAWATANKUASA TATATERTIB
    Memastikan disiplin penuntut di sekolah dan asrama

Piagam

Kami staf Maahad Mahmud, Alor Setar dengan ikhlas, iltizam dan penuh kesungguhan berikrar dan berjanji akan menggembleng seluruh tenaga dan fikiran untuk:


Mendidik dan membimbing pelajar-pelajar Islam agar menjadi insan yang mempunyai akhlak mulia dan sifat-sifat terpuji selaras dengan falsafah Maahad.
-----------------------------------------------------------
Meningkatkan kemahiran, keterampilan dan keiltizaman pelajar bagi menjamin peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran.
-----------------------------------------------------------
Memberikan perkhidmatan yang mesra, ikhlas dan berkualiti kepada semua pelanggan pada setiap masa selaras dengan tataetika perkhidmatan yang cemerlang.
-----------------------------------------------------------
Menepati masa dalam melaksanakan semua tugas agar pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
-----------------------------------------------------------
Mengamalkan kerjasama dan permuafakatan bagi meningkatkan mutu produktiviti untuk semua pelanggan.
-----------------------------------------------------------
Mengamalkan penyediaan jadual waktu dan pengagihan tugas guru-guru disiapkan dalam tempoh dua minggu sesi persekolahan baru dimulakan.
-----------------------------------------------------------
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam minggu pertama sesi persekolahan dimulakan.
-----------------------------------------------------------
Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan kaunter dengan kadar segera.
-----------------------------------------------------------
Memastikan ujian/peperiksaan sekolah dilaksanakan tanpa kebocoran dan keputusan diserahkan kepada pelajar/waris dalam tempoh tiga minggu selepas tamat ujian/peperiksaan.
-----------------------------------------------------------
Memelihara reputasi Maahad, bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan perkhidmatan serta kecemerlangan sekolah pada setiap masa.
-----------------------------------------------------------
Menyumbangkan khidmat pengetahuan dan kepakaran bidang pengajian dan pendidikan Islam kepada pelanggan.
-----------------------------------------------------------
Meningkatkan martabat dan kegemilangan Maahad Mahmud agar menjadi institut pendidikan yang terbaik dan terunggul di Malaysia.

Profil Lencana








>>perisai

Melambangkan ketahanan dan kekutana mental serta fizikal warga maktab mahmud dalam mengentalkan semangat untuk berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang.

>>lampu

melambangkan keceriaan ilmu pengetahuan yang sentiasa memanfaatkan kehidupan.

>>buku

melambangkan sumber ilmu pengetahuan

>>al ilmu nur

cogankata ini bersesuaian dengan tujuan dan inspirasi maktab ini sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berasaskan agama dan bahasa arab disertai dengan pelajaran akademik lain. di sebalik cogankata ini membawa maksud ilmu itu pelita hidup tersirat falsafahnya tersendiri iaitu bermatlamatkan untuk mengeluarkan belia-belia islam yang berketerampilan dan mempunyai daya profesionalisme yang tinggidemi kenaikan nama maktab mahmud. selain itu pelajar juga dididik agar dapat memberikan khidmat kepada masyarakat setelah pembelajaran mereka selesai di sini. selain daripada pendidikan yang berunsurkan keagamaan dan bahasa arab, pelajar juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan am sert akitiviti ko-kurikulum dalam menyemaikan ketahanan jasmani dan rohani demi mempertingkatkan motivasi ke arah kecemerlangan hidup untuk masa hadapan, dunia dan akhirat.

Falsafah

Pendidikan di Maahad Mahmud adalah usaha berterusan untuk membudayakan ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk keperibadian muslim yang sejati berasaskan akhlak Islam, kecemerlangan diri dan pandangan hidupsebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.; Usaha ke arah ini akan melahirkan pelajar yang berjaya , beramanah dan bertanggungjawab untuk membangunkan agama dan ummah serta memakmurkan negara bagi mencapai keredaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat

Syarat-syarat Kemasukan

Syarat kemasukan bagi tingkatan 1

1)Warganegara Malaysia

2)Syarat Kemasukan:

* Maktab Mahmud Alor Star:
Lulus minima 4A 1B (48 mata)dalam peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri
* Maktab Mahmud Yan, Pokok Sena dan Pendang:
Lulus minima 3A 2B (46 mata)dalam peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri
* Bagi Maktab Mahmud Daerah yang lain
Lulus minima 40 mata dalam peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri

* Catatan: Perkiraan mata adalah seperti berikut:
A=10 mata, B= 8 mata, C= 6 mata dan D=4 mata.

Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936 M. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, Regent and President State and Council Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darulaman pada ketika itu.