Friday, March 5

Sambutan Maulidur Rasul MMAS


Pada hujung minggu lepas, Maktab Mahmud Alor Setar denagn kerjasama Badan Dakwah Dan Kebajikan MMAS dengan jayanya telah meanganjurkan Samburan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Dengan matlamat untuk menghayati dan mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .

Program bermula tepat pada pukul 7.45 pagi di hadapan dewan Sultan Badlishah MMAS. Setelah diberi sedikit penerangan oleh Ustaz Abdullah Bin Nasir yang juga guru pengelola bagi BDK MMAS, semua pelajar berarak beramai-ramai ke padang sekolah . Sambil berarak, semua pelajar berselawat kepada Nabi dengan penuh semangat.

Setelah itu, para pelajar di sajikan oleh tayangan filem dan slideshow , diikuti dengan soalan-soalan kuiz yang menjanjikan hadiah yang lumayan. Semua pelajar memberikan respon dan kerjasama yang sangat baik. Setelah itu, kumpulan Qasidah sekolah iaitu Al-Husaini mengalunkan qasidah-qasidah dengan merdu sekali. Acara kemuncak ialah apabila Ustaz Majid ,iaitu Mudir maahad Tarbiah Derang memberikan ceramah dan penerangan tentang qasidah nabi.

Di bawah antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika majlis.












1 kritik:

tikah_rasha said...

Saya mencari kumpulan qasidah sekitar Alor Setar. Terjumpa maklumat tentang qasidah maktab mahmud. Boleh saya tahu jika boleh saya dapatkan khidmat kumpulan qasidah ni? Atau pihak cik/tuan ada contact number kumpulan qasidah lain