Wednesday, February 3

Gambar kenangan Ustazah Basyiroh


Ustazah Basyiroh
Setelah berpuluh tahun mengajar dan mencurahkan ilmu di bumi maahad mahmud alor setar, beliau akhirnya dilantik menjadi Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar pada awal tahun 2009. Beliau telah menyumbangkan begitu banyak jasa kepada anak bangsa yang menuntut di bumi maahad ini. Beliau terus menumpahkan bakti hingga ke peringat persaraan. Patah tumbuh hilang berganti, itulah peribahasa melayu yang terkenal. Namun bagi Ustazah Bashiroh, tiada yang dapat mengganti beliau atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Berapa banyak anak didik beliau yang telah berjaya dan kini menjadi orang yang berguna kepada negara dan agama. Di mana ada permulaan , di situ ada pengakhiran. Akhirnya telah sampai masa bagi Ustazah untuk menyerahkan amanah dan tanggungjawab menjaga maahad kepada generasi seterusnya. Namun bukan bererti pengakhiran bagi segalanya. Jasa beliau akan terus diingati dan memberi manfaat abgi semua.

Di bawah antara gambar kenangan Ustazah Basyiroh yang telah bersara pada hujung tahun 2009. Semoga beliau terus berjasa dan sentiasa diberkati Allah di mana sahaja. insya Allah.






1 kritik:

h said...

comei-comei ustazah kita ni...fasha sandha n angelina jolie pun boleh kalah....itulah...indahnya ciptaan tuhan...Allahu Akbar!!!