Wednesday, December 23

Keputusan PMR 24 Dis

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada hari berkenaan, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan menerusi pos.

Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. - BERNAMA

0 kritik: