Tanggal 30 September 2010 bersamaan 21 Syawal 1431 (Khamis) telah berlangsung ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA negeri Kedah Darul Aman bertempat di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Sejumlah 19 orang anggota Pengakap Maktab Mahmud Alor Setar telah menerima anugerah yang berprestij tersebut dari Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Acara ini sekali lagi membuktikan kemampuan pelajar MMAS mencapai kecemerlangan dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.Jutaan terima kasih pada Pak Jamel & Pak Ali yang telah mambantu anak2 ini mendapat anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadikan putera MMAS insan yang lebih bertanggungjawab & berketrampilan menjadi seorang Qudwah Hasanah.Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Fatmawati bt Talib & Cikgu Farhana Jamel, Penolong Kanan KoKurikulum telah turut hadir ke majlis tersebut. Tahniah anak2 MMAS
Tanggal 30 September 2010 bersamaan 21 Syawal 1431 (Khamis) telah berlangsung ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA negeri Kedah Darul Aman bertempat di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Sejumlah 19 orang anggota Pengakap Maktab Mahmud Alor Setar telah menerima anugerah yang berprestij tersebut dari Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Acara ini sekali lagi membuktikan kemampuan pelajar MMAS mencapai kecemerlangan dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.Jutaan terima kasih pada Pak Jamel & Pak Ali yang telah mambantu anak2 ini mendapat anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadikan putera MMAS insan yang lebih bertanggungjawab & berketrampilan menjadi seorang Qudwah Hasanah.Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Fatmawati bt Talib & Cikgu Farhana Jamel, Penolong Kanan KoKurikulum telah turut hadir ke majlis tersebut. Tahniah anak2 MMAS





MINGGU KO KURIKULUM ialah tradisi MMAS yg saban tahun direncanakan demi menjana generasi Maahadian yg kreatif, inovatif serta berdaya saing dlm setiap aktiviti yg dijayakan. Tahun 2010 telah melakar sejarah tersendiri menerima sejumlah bilangan pengunjung yang ramai sepanjang MINGGU KO-K berlangsung pada 4 - 8 Julai 2010. Apalagi pada masa yang sama berlangsung program TEMU MESRA WARIS & GURU .Jumlah khemah jualan sebanyak 24 buah telah membuktikan pelajar MMAS semakin bijak mengendalikan program yang berskala besar. Sambutan dari agensi luar untuk membuat pameran amat menggalakkan. Jutaan tahniah pada semua tenaga kerja MINGGU KO-K 2010 samada guru, pelajar dll. Hanya ALLAH SWT sahaja yang menilai kerja buat anda. Juga terima kasih pada pentadbiran MMAS 2010 di atas kepercayaan yang diberikan.
MMAS berbangga kerana dipilih menjadi tempat KBI.
Peserta lelaki
Guru?
“ Jadi guru? Taknak lah. Baik saya jadi Doktor, peguam , jurutera atau bisnesman. Kerja-kerja itu lagi untung. Duit pun banyak. Jadi guru susah nak kaya tapi boleh hidup sederhana saja ”. Mungkin itulah kata-kata atau seumpamanya yang pernah kita dengar . Guru memang tidak kaya dengan harta tapi mereka kaya dengan pelajar. Kaya dengan ganjaran pahala. Kaya dengan nasihat. Kaya dengan kasih sayang. Kaya dengan pengorbanan. Kaya dengan jasa. Kaya dengan usaha. Kaya dengan duka dan lara. Kaya dengan pelajar yang kaya. Apa yang guru mahu? Apa saja dilakukannya asalkan pelajarnya menjadi seorang insan. Insan yang dimaksudkan di sini adalah insan yang kamil atau sempurna dari segala aspek.
Rasul adalah Guru
“ Tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad kecuali engkau menjadi rahmat sekalian alam “. Rahmat bermaksud kasih sayang . Seandainya sifat ini ada di dalam hati para guru, pastinya mereka sanggup melakukan apa saja demi mendidik anak didiknya. Bagaimana perasan ini perlu dipupuk? Tiada lagi cara lain kecuali dengan meniru akhlak dan peribadi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara. Langkah yang pertama untuk meniru Baginda صلى الله عليه وسلم i ialah dengan mengenali apa saja tentang diri Baginda صلى الله عليه وسلم samada melalui belajar, mendengar, membaca dan apa saja cara bagi mengenali identiti dan syaksiah Baginda kerana Baginda صلى الله عليه وسلم adalah guru yang paling cemerlang . Sebahagian ulama’ ada mengomentasi tentang Baginda dengan kata mereka : ”Kalaulah Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak mempunyai mukjizat lain kecuali ( hanya mengubah sikap) sahabatnya nescaya mereka sudah cukup menjadi bukti bahawa Baginda صلى الله عليه وسلم adalah seorang Nabi.” Cuba kita lihat bagaimana keadaan mereka sebelum mendapat didikan Nabi صلى الله عليه وسلم . Siapakah lagi guru yang mampu mendidik dan melahirkan sebilangan besar pelajarnya ketika beliau hidup dan mati tanpa sempadan masa dan zaman ? Pada hari ini kita masih mendapat didikan Baginda صلى الله عليه وسلم walaupun Baginda صلى الله عليه وسلم telah wafat. Ilmu Baginda صلى الله عليه وسلم tetap dituntut tanpa putus-putus.

Ta'lim dan Ta'dib
Seorang guru yang baik adalah seorang yang mendidik muridnya dengan ahwalnya ( yakni akhlak peribadinya yang ditunjukkan berdasarkan ilmunya ). Seorang guru yang beramal dengan ilmunya mampu mengubah sikap seribu orang pelajarnya melalui satu patah perkataannya. Manakala seorang guru yang tidak mengamalkan ilmunya hanya mampu mengubah seorang pelajar sahaja dengan seribu patah perkataannya. Guru yang pertama dan terbaik di dunia adalah Baginda صلى الله عليه وسلم kita sendiri. Baginda صلى الله عليه وسلم tidak pernah membenci pelajarnya, memukulnya dan mengejinya. Baginda صلى الله عليه وسلم tidak pernah bertanya kepada pelajarnya mengapa engkau buat begini? Mengapa engkau tinggalkan begini? Ini menunjukkan bahawa Baginda صلى الله عليه وسلم mendidik sahabatnya dengan ahwalnya dan ditambahkan dengan didikan melului lirikan mata Baginda صلى الله عليه وسلم yang mulia.
Guru
Sebagai seorang guru, mata sangat memainkan peranan besar bagi mendidik pelajar. Ulama.-ulama’ Tasawuf sering menggunakan cara didikan ini terhadap muridnya. Seandainya pelajarnya melanggar undang-undang agama , maka mata mereka akan melirik dan membayangkan kepada pelajar tadi betapa bersalahnya perbuatannya. Selain itu, gerak geri seorang guru menjadi teladan dan bimbingan kepada pelajar kerana pelajar yang mencintai gurunya akan melihat setiap pergerakkan gurunya. Guru menjadi idola pelajar.
Keikhlasan
Keikhlasan seorang guru di dalam mendidik sangat penting kerana keikhlasan datangnya dari hati dan menyebabkan didikan itu juga mudah diserap ke dalam hati pelajar. Inilah dinamakan dari hati ke hati. Seandainya nasihat seorang dari tekaknya saja, maka nasihat itu tidak mampu menembusi hati pelajar. Perkara ini akan terhasil apabila seorang guru itu mempunyai kebersihan dan kesihatan hati yang baik. Bagi seorang guru, pembersihan hati adalah perkara wajib agar tidak melarat kepada pembentukan sikapnya yang negatif. Kesanggupan mereka menanggung kesusahan dan kesukaran mendidik pelajar akan dijanjikan pahala daripada Allah. Kenapa tidak? Saidatina ’Aishah pernah berkata bahawa pahala itu dikurniakan kepada seseorang berdasarkan setiap kadar kesusahan yang menimpanya. Cubalah kita melihat Baginda صلى الله عليه وسلم kita sendiri bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم bersabar dengan kesukaran mendidik penduduk Arab Mekah yang terkenal dengan sifat kasar, ta’assub dan dalam kejahilan kerana sebelum itu belum muncul seorang guru pun. Menanggung kesusahan juga memberi makna memudahkan urusan pelajar . Baginda صلى الله عليه وسلم tidak pernah menyusahkan pelajarnya bahkan sentiasa memudahkan apa saja urusan pelajar . Pernah Baginda صلى الله عليه وسلم menyuruh pelajarnya mengambil apa saja keperluannya dari seorang Yahudi dengan Baginda صلى الله عليه وسلم meninggalkan pakaian perangnya sebagai taruhan. Baginda صلى الله عليه وسلم sanggup menyusahkan dirinya untuk pelajarnya . Seorang guru perlu merasakan kemuliaan dirinya disebabkan daripada kemuliaan pelajarnya. Seandainya tiada pelajar belajar dengannya , maka bagaimana dia mendapat gelaran sebagai guru.
Selamat Hari Guru
Akhirnya , sambutan Hari Guru yang sebenar adalah dengan menyambut guru kita yang pertama iaitu Saidina Muhammad صلى الله عليه وسلم . Kita hidup hari ini berpandukan ilmu dan ilmu yang Baginda صلى الله عليه وسلم salurkan melalui sahabat, tabi’en , tabi’ tabi’en sehingga sampai kepada kita. Sebagai tanda terima kasih kepada Baginda صلى الله عليه وسلم , marilah kita memperbanyakkan solawat kepadanya setiap masa, keadaan , susah, senang, sedih , gembira dan segala keadaan. Mudah-mudahan kita tergolong daripada orang yang berterima kasih kepada Allah dan RasulNYa. Barang siapa yang tidak berterima kasih kepada Baginda صلى الله عليه وسلم, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.
(dipetik daripada http://al-judiah.blogspot.com/)
www.iLuvislam.com
Mohd Zul Roslan a.k.a. Anak_Pejuang*
Di Waktu Pagi
Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...
Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...
Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...
Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...
Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..
Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar
Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.
Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...
Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".
Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa
Makluman kepada semua waris, guru, dan pelajar Maktab Mahmud Alor Setar.
PIBG MMAS akan mengadakan mesyuarat PIBG Kali Ke-34 seperti butiran berikut :
Pada :1 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud Alor Setar
Perasmi : Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah
Pakaian : Batik (AJK PIBG, Guru dan Kakitangan MMAS)
Semua waris, guru, pelajar dijemput hadir
SEJARAH KEGEMILANGAN TERUS TERUKIR.........
MMAS meneruskan sejarah kecemerlangan dalan kurikulum dengan pencapaian 100% dibahagian Puteri.Seramai 52 orang calon putera/puteri mendapat keputusan MUMTAZ.Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang telah berjaya.Terima Kasih kepada semua guru MMAS yang bertungkus lumus memastikan kejayaan anak2 didik di MMAS.Semoga kejayaan yang dicapai menjadi pendorong kepada
Keputusan meningkat dari tahun lepas.GPS(putera dan puteri) ialah 3.34.Secara umumnya lebihkurang 47 calon mencatat keputusan cemerlang 8A ke atas.11 daripada 20 matapelajaran telah mencapai 100%.Tahniah kepada calon puteri kerana 16 daripada 17 matapelajaran mendapat 100%(99.9%)
Berikut adalah antara yang cemerlang:-
1.Nurhanis Ahmad Tarmizi 12A (9A+,3A)
2.Mohd.Fahmi Yusof 13A (8A+,4A,1A-)
3.Mohd.Abd.Syukur Balya 13A
4.Siti Khadijah Zainal Abidin 12A
5.Nadiatul Akmal 12A
6.Luqman Zulkifli 12A (9A+,1A,2A-)
7.Asyraf Shahir Mohd Najib 14A,2B,1C
8.Mohd Asraf Fahmi Khairi 11A(10A+,1A,1B)
9.Abd.Muiz Basyir 12A1B
10.Syarifullah Yahaya 12A,1B
11.Mohd Fikri Abd Wahid 12A
12.Faris Imadi 11A
13.Firdaus Abd Rashid 11A
14.Abd.Rahman Ahnaf 11A
15.Badrul Hadis Suwarso 11A
16.Nurnazihah Salina 11A
17.Nur Amira mahazi 11A
18. Siti Nur Ain 11A
19.Ruhan Asyrani 10A
20.Nabilah Annasuha 10A
21.Mohd.Irfan Bakri 10A
22.Nurfarhana Ibrahim 10A
23.Norhidayah Rosli 10A
24. Nurnasuha Suhaimi 10A
25.Nor Raihan Izzati 10A
26.Amirul Hafizi 10A
27.Amirah Aswad 10A
28. Nurliyana Azudin 10A
28.Muhd.Hanif 11A
30.Lukman Hakim Said 11A
31.Nur Amira Mahazi 11A
STAM- GPS Sekolah ialah 2.74 Seramai 8 orang calon mendapat MUMTAZ.Pelajar cemerlang STAM ialah:-
1.Mohd.Fakhri Jaafar
2.Adilah Hafizah
3.Kamila Yusof
4.Qurratul Ain Rosli
5.Sharifah Abd Rahman
6.Siti Asma Mustafa
7.Siti Kholijah Salleh
TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG CEMERLANG ......
1. CALON SPM yang masih bersekolah(berada di Ting.6) hendaklah memakai pakaian sekolah.
2.Calon yang akan mengambil keputusanSPM dan STAM wajib memakai pakaian bersopan melambangkan pelajar Maktab Mahmud.
PERINGATAN - SLIP KEPUTUSAN TIDAK AKAN DIBERI KEPADA:-
Pelajar lelaki yang memakai Pakaian tidak kemas,seluar
jeans,berselipar,berambut panjang dan rambut berwarna.(sekiranya ada)
Pelajar puteri yang memakai tudung tidak melepasi paras dada dan pakaian yg ketat.
DIDOAKAN SEMOGA MMAS AKAN TERUS CEMERLANG DAN GEMILANG
Makluman Penting
Isnin(8/3/2010)
P&P tingkatan5 dan 6 di tangguhkan
-Taklimat pendaftaran STAM dan SPM (iklan diedarkan)
-takliamt dan Yayasan Islam dan Darul Quran
P&P pelajar lain seperti biasa
Selasa(9/3/2010)
Sekolah menadi tuan rumah KESUMMAM
P&P ditangguhkan
-pelajar menjadi penonton dan penyokong
Rabu(10/3/2010)
KESUMMAM di Stadium Suka Menanti
Di sekolah
1) movivasi-Sebelum rehat putera& selepas rehat puteri
2) Usrah- Sebelum rehat puteri& selepas rehat putera
3) Taklimat Kerja Kursus untuk Tingkatan 3
(matapelajaran Sejarah / Geografi)
8.00 pagi di bagunan B
Khamis (11/3/2010)
-Cuti KESUMAM
-Pengumuman keputusan SPM dan STAM
Keputusan SPM, STAM 11 Mac
KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom berkata, calon-calon kedua-dua peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, analisis keputusan peperiksaan tersebut juga akan dibentangkan pada hari yang sama di Kementerian Pelajaran.
Sejumlah 465,853 calon mengambil SPM dan 6,920 lagi menduduki STAM tahun lalu.
Kejadian berlaku pada Selasa 9 Feb .Bunyi kereta bomba mengejutkan guru dan pelajar MMAS yang asyik dengan acara sukan.Rupa-rupanya terdapat sedikit kebakaran di Blok B.Litar pintas yang agak membahayakanMujurlah pengetua dan seorang pegawai dari LMM menyedarinya.Tindakan pantas beberapa orang pekerja dapat menyelamatkan keadaan.Syukur Alhamdulillah Maahad tercinta dalam peliharaan Allah.

















